"Sedihnya, bila keliling kita, kita ingin ubah menjadi semakin berjaya untuk diri dan keluarga, banyak pula suara-suara negatif yang cuba menghalang dan menjatuhkan kita. apa yang boleh kita lakukan adalah, ucapkan Alhamdulillah, semoga suara-suara negatif itu menjadi cabaran untuk kita buktikan kita boleh mencapai apa sahaja!" - iRFAN kHAIRI


BLOG SAYA DIDALAM PENGUBAHSUAIAN

Saturday, December 24, 2011

Lisa N Yusri Nak Kawin ?? Alhamdulillah

Assalamualaikum...

wahh...artis sama artis kawin lg...
alhamdulillah.... dah jdoh mereka...kite same2 la doakn tuk dorg ok ??

jom bace aiticle dr web mynewshub niyh....

PUTRAJAYA – Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada tarikh 23 Februari tahun depan.

Yusry yang juga anggota kumpulan KRU dan pengarah filem mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini.

“Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya.

Dalam majlis ‘Pengumuman Istimewa’ tersebut, pasangan itu turut mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadalkan secara eksklusif pada 26 Februari tahun depan bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Di dalam majlis tersebut, Yusri turut mengaku bahawa ibubapanya telah berkunjung ke rumah Lisa menghantar tanda dan sememangnya majlis yang diadakan di Marriott Hotel Resort & Spa ini adalah untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Selain itu, Yusri yang hadir bersama ibubapanya, Abdul Halim dan Zarina Fenner, tidak dapat mengulas secara jelas sama ada hak penyiaran majlis perkahwinan mereka itu telah diberikan kepada pihak Astro atau tidak.

Bagaimanapun beliau yang tidak menolak untuk menerima tajaan dari mana-mana pihak menyatakan bahawa mereka hanya mahukan sebuah majlis yang ‘simple but elegant’.

Anggota KRU itu berkata, beliau mengenali hati budi Lisa menerusi Blackberry Messenger (BBM) dan menjadi serius sejak awal perkenalan mereka.

Namun, menurut Lisa yang turut hadir bersama ibunya, Siti Amira Ahmad, menyatakan bahawa Yusri hanya berbicara mengenai kerjaya di sekitar awal perkenalan mereka yang menunjukkan kematangan bakal suaminya itu dan tidak pernah cuba memikatnya ketika itu.

Ditanya media mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada Lisa yang berjaya memikat hatinya, Yusri memberitahu bahawa bakal isterinya itu sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kerjaya dan mereka saling menyintai antara satu sama lain.

Yusry sebelum itu pernah berkahwin dengan aktres terkenal, Erra Fazira di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 15 Jun 2003, namun bercerai kemudiannya pada 16 Jun 2006.

haaa..percaya atau tidak KITA BOLOSKAN SAJA DINDING ITU!!..
hahaha..semoga berbahagia hndaknyer lisa n yusri,..
elok la tu...seorg pengarah berbakat seorg pelakon terbaik...
semoga kekal ke anak cucu...hope yusri pandai la jge hbungan dorg...amin....
(=_=)


Lots Of Love!!

THANKS 4 READING . DO FOLLOW ME OK ?? LOVE U !!

Friday, December 23, 2011

INI KELAKAR : Panglima nak ludah Myspace (-,-")




Lots Of Love!!
THANKS 4 READING . DO FOLLOW ME OK ?? LOVE U !!

PERKARA SEDIH (Adoi) : Ibu Rayu Pengantin Gay Ariff Alfian Kembali Ke Pangkuan Keluarga


Kamariah Hashim, ibu kepada pelajar berusia 28 tahun, Ariff Alfian Rosli yang didakwa telah berkahwin dengan pasangan gay di Britain baru-baru ini, merayu anaknya supaya kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia.


Ariff Alfian Rosli berangkat ke Ireland pada tahun 2003 untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di University College Dublin di bawah program penajaan Petronas. Dia dilaporkan hilang selepas menghentikan semua hubungan dengan keluarganya di Malaysia tiga tahun lalu dan dikatakan telah gagal untuk menamatkan pengajiannya.

Pengerusi Persatuan Biro Pengaduan Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, ibu lelaki itu telah menulis surat kepada anaknya, meminta beliau bukan sahaja untuk kembali tetapi juga menyelesaikan pinjaman pendidikan sebanyak RM890, 000.

"Saya akan menyampaikan surat itu kepada lelaki itu apabila saya pergi ke Britain pada 23 Disember ini kerana keluarganya sangat rindukan anak mereka. Keluarga Ariff masih lagi terkejut dengan berita perkahwinan anak mereka dengan pasangan gay dan masih tidak dapat menerimanya," katanya kepada akhbar The Star semalam.

Datuk Muhd Khairun menyatakan bahawa beliau akan meminta Ariff untuk bertanggungjawab di atas hutang pinjaman pendidikannya dan membebaskan keluarga mereka daripada memikul hutang.

"Adalah tidak adil bagi keluarganya untuk membayar balik pinjaman itu sedangkan Ariff masih wujud," katanya, sambil menambah bahawa keluarga Ariff datang ke biro itu Jumaat lepas.

Pihak keluarga Ariff telah cuba untuk mencari lelaki itu lapan kali dalam dua tahun tetapi gagal menemui jejak Ariff. Rosli Haron, iaitu bapa Ariff pernah membuat laporan tentang kehilangan anaknya kepada pihak polis, Wisma Putra, kedutaan Ireland dan Malaysia di kedua-dua negara.

Menurut laporan, Ariff dikatakan telah melangsungkan perkahwinan di luar negara dengan pasangan gay dengan berpakaian baju melayu tradisional, sampin dan bertanjak.

Gambar-gambar perkahwinan mereka juga menggemparkan pengguna internet apabila telah dimuat naik di blog dan laman rangkaian sosial.

THANKS 4 READING . DO FOLLOW ME OK ?? LOVE U !!

Thursday, December 22, 2011

THIS IS MY NEW BLOG!!


Assalamualaikum...
kwn2...ni blog baru aq....sadis tol blog lme aq da kne tibai dek si lakhanat mne tah g link kt site len..
x pe2....its ok la...so mula la buku baru ku ini...:)daaaaaaaa


THANKS 4 READING . DO FOLLOW ME OK ?? LOVE U !!